Monday, October 7, 2019

Sekolah Darjah Satu

Salam....Petang ni cuaca mendung, tapi tak hujan. Lama aku tak menulis, lama tak jengok blog. Aku bukannya seorang penulis, teringin jer aku nak berkarya macam orang lain, tapi takde bakat. Sekarang tengah melayan lagu-lagu rock kapak zaman 80 dan 90-an. Aku mula bersekolah pada tahun 1983. Darjah satu di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di satu daerah disalah sebuah negeri dalam negara kita Malaysia yang kita cintai ni. Aku tidak menduduki pembelajaran pra-sekolah kerana keluarga aku baru berpindah pada masa itu ke kampung halaman ayah aku. Mungkin ayah aku tidak punya banyak duit untuk sekolahkan aku di pra-sekolah pada masa tu. Adik perempuan aku berkesempatan untuk bersekolah di pra-sekolah pada amasa tu. Aku ok je.. mana la aku tau semua tu, yang penting dapat main-main dengan kawan-kawan. Namun begitu mak aku hari-hari train aku membaca dan mengira. Gigih mak aku. Ayah aku pulak kerja kuat kat sawah, mana la ada masa nak ngajar aku. Balik rumah pun dah letih. Ngaji Muqqadam pun mak aku yang ajarkan. Ok, kita sambung balik. Aku ditempatkan dikelas satu biru disekolah tersebut. Hari pertama je ada macam-macam karenah kawan-kawan. Ada yang tanggalkan pakaian la..ada yang panjat pagar la...ada yang terkencing dalam seluar...ada yang termelepas dalam seluar dan macam-macam lagi. Aku diperuntukkan hanya 30 sen sehari untuk berbelanja disekolah. Cukuplah tu. 20 sen beli nasi lemak atau bihun sup dan 10 sen beli air sirap. Tapi biasanya aku simpan duit untuk beli pembaris. Makan bekal yang mak aku sediakan. Pembaris tu untuk dibuat pedang untuk bertempur dengan kawan-kawan. Masa tu tengah meletop cerita ninja dan samurai kat TV.....jadi masa tu ramai la yang nak jadi ninja dan samurai...hahaha...termasuk la aku...Kalau tak beli pembaris pasti aku akan beli buah guli....hahaaha..main tuju guli...favourite jugak tu....pukul 5 petang rehat sekejap...sebab cerita kartun.....captain future dan lain-lain lagi. Rutin harian memang macam tu la hari hari.....indahkan??Darjah dua, ayah aku beli basikal untuk aku....ciwi (excited) gila aku...tapi masuk darjah 3 baru aku pegi sekolah naik basikal.... rasanya jarak rumah aku ke sekolah tu dalam 4-5km. Aku adalah generasi pertama yang mengambil peperiksaan UPSR pada masa tu. Alhamdulilah...dapat la jugak 4A 1C dalam peperiksaan tersebut. Bahagia aku tengok muka mak ayah aku...aku macam tu jugak la....tak paham pun...asal habis periksa ,ok la tu. Aku suka main tapi tak pandai pun, main bola ke...sepaktakraw ke...apa-apa game pun...tak pandai. Tapi suka main....tapi aku ada kebolehan lain iaitu darjah 3 atau 4 pun aku dah boleh masak.... nasi...buat nasi goreng (cara aku la). Benda makan yang aku suka pada masa tu adalah nasi goreng, sambal tumis (atau cili kering giling) dan toyu (kicap) dan ikan kembung goreng. Itulah menu makan aku hari-hari, tak pernah puas. Dah cukup berselera aku pada masa tu, kalau takde ikan kembung goreng, ikan kembung rebus pun ok atau telur mata kerbau. Terliur pulak aku bila terkenang ni....Pada umur tu jugak aku dah boleh buat wau atau layang-layang sendiri. Siap jual lagi tu...aku jugak boleh buat gasing sendiri....aku juga selalu ke sawah untuk tangkap ikan...ke sungai....ke pantai untuk kutip kerang...bukan kutip macam tu tau...kena ke pantai yang berlumpur...gagau ramai-ramai atau pakai sejenis alat yang aku tak tau nama apa....dapat la satu besen besar...boleh la untuk makan satu keluarga dan sedekahkan pada jiran-jiran sebelah.....tahan pukat(letak jaring di sungai) atau jaring untuk tangkap ikan....semua peralatan tu aku beli dengan simpanan duit belanja sekolah. Kalau Ikan haruan yang aku dapat..pasti akan dibuat haruan masin(dikeringkan)...pastu jual...harga mahal skit....mak aku la yang tolong siangkan...letak garam...pastu jemur....susahkan nak dapat duit...Sebenarnya banyak lagi aktiviti aku masa kecik dulu...dah letih nak taip...blah dulu...adios.

No comments:

Post a Comment