Saturday, July 3, 2010

Germany vs Argentina

Pasukan Germany menewaskan pasukan Argentina dengan jaringan 4-o.Nampaknya pasukan yang dipenuhi bintang ternama dunia belum mampu menggoncang dunia. Pasukan mentah yang rata-rata pemain Germany yang berumur 25 tahun kebawah tidak menunjukan sebarang kegugupan semasa melayan pasukan yang dijangka ke perlawanan akhir piala dunia 2010. Seawal minit ke-3 lagi Pasukan Argentina sudah ketinggalan 1-0. Apabila masuk separuh masa kedua pasukan Argentina cuba untuk merubah keputusan dengan gerakan-gerakan menarik dan teratur, tetapi malang kerana tidak dapat menembusi kubu pasukan Germany yang di ketuai oleh kaptennya sendiri iaitu Phillip Lamh. Malah pasukan Germany telah menambah lagi 3 gol menjadikan keseluruhan pasukan Argentina tewas dengan jaringan besar iaitu 4-0. Syabas Germany.....

No comments:

Post a Comment