Sunday, July 4, 2010

Spain layak ke semi-final....

Pagi tadi pasukan Spain menewaskan Paraguay dengan jaringan 1-0 untuk layak ke semi-final buat kali yang pertama.Sebelum ini pasukan Spain tidak pernah layak sehingga ke separuh akhir. Spain hanya 2 kali memenangi Piala Eropah (euro-1964 dan 2008). Bagaimanapun pagi tadi kedua-dua pasukan mensesiakan sepakan penalti dimana Roque santa cruz bagi Paraguay dan Xabi Alonso bagi pasukan Spain. Namun begitu jaringan David Villa telah menyelamatkan pasukan Spain untuk memenangi perlawanan tersebut. Pasukan yang yang akan dihadapi oleh pasukan Spain diseparuh akhir nanti adalah Pasukan Jerman yang menang bergaya menewaskan pasukan pilihan iaitu pasukan Argentina dengan jaringan 4-0.

No comments:

Post a Comment